Pages

surat cinta DIA.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Al-Quran.

Surat-surat cinta yg Allah bagi kepada hambaNya. Untuk ditatap, dibaca, dihayati, diperdengarkan, dan diambil pengajarannya.

Segala-segalanya ada dalam Quran, segalanya tertulis. Pengajaran yang Allah beri utk kita semua, utk dijadikan peringatan bersama.

Betapa banyaknya pahala mahupun fadhilat membaca Quran. Hatta membca satu huruf pun dapat 10 pahala. Tu baru satu huruf, andai baca satu muka surat? Subhanallah, sgt mudah nak mencari pahala.


Amalkan membaca Al-Quran hari-hari walau hanya sehelai muka surat atau beberapa ayat sahaja. Yang penting jangan pernah tinggalkan!


diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a :

"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH(kebaikan) berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Ustazah Amira, ustazah yang mengajar Al-Quran sering ingatkan saya dan Nadia tentang kelebihan mempelajari, membaca, memperdengarkan ayat suci al-Quran nur karim. 

Kalau ada minggu yang tak dapat nak memperdengarkan hafalan mula lah kena bagi tazkirah hohoho. 

Ustazah sendiri kata, membaca Al-Quran tu sendiri nur (cahaya). Dan apabila kita menuntut ilmu di samping mempelajari Quran ni, insyaAllah lagi Allah permudahkan. InsyaAllah.

Mesir dan Al-Quran.

Peluang di sini terlalu banyak, rugi andai tak ambil peluang. Pernah masuk kelas Qiraat (seni bacaan Quran), namun sampai tahun 2 sahaja. Terpaksa berhenti atas sebab-sebab tertentu T.T

Saya pernah ceritakan di post saya sebelum ni tentang orang arab yang tak kira di mana pun sentiasa ada Quran di tangan. Subhanallah. Pemandangan yang saya rasa sgt best. Tenang, syahdu. 

Tambah-tambah bila saya sendiri nak ke kelas Quran awal pagi dan kalau naik metro (komuter) dan ternaik gerabak lelaki, blh tgk betapa ramainya yang tgh membaca Quran berbanding yang membaca suratkhabar. 
Subhanallah. Subahanallah. Subhanallah.

Nah. Yang begini lah yang kita nak :D

Bacalah. Bacalah. Bacalah.

Jangan pernah tinggalkan walau sehari. Cuba baca juga walau hanya dua tiga ayat. 

Nak berbicara dengan Allah, bacalah surat cinta yang diberikanNya. InsyaAllah kedamaian bermukim di situ.

Tadabbur ayat Quran.

Makna tadabbur  ialah perenungan ayat-ayat Al Qur’an untuk dapat difahami, diketahui makna, hikmah serta maksudnya.

Dulu saya tidak faham apa maksud istilah ni. Sejak duk kat Mesir, selalu dengar apabila kawan-kawan sering cakap, "jom tadabbur Quran". 

"Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu pernuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pelajaran."

surah Sad, ayat 29 (38:29)

Lepas baca Quran, tengoklah terjemahan ayat. Hayati, hadam dan amal. Itulah tadabbur. 

By the way, nak tadabbur Quran kenalah berguru. Kalam Allah terlalu indah, kadang2 terlalu tinggi bahasanya, tak terjangkau tahap pemikiran kita sendiri. 

Jadi, pesanan utk diri dan sahabat, bergurulah. Jangan sekadar menerima ilmu tanpa tahu di mana asalnya. (=

Kadang-kadang saya sertakan terjemahan ayat-ayat Quran di dalam post saya. Saya letak ayat-ayat tersebut nak kaitkan dengan apa yg saya tulis utk sama-sama berfikir. 

Justeru, pesanan kepada diri dan yang lain. Bacalah al-Quran walau hanya sepotong ayat sehari. Jangan tinggalkan dia. Jangan tinggalkan Quran. Quran itu nur. Dan hati kita memang sentiasa perlukan cahaya itu.

"Ya Allah, kalau Engkau menerima taubatku
dan mengampuni dosa-dosaku, 
maka muliakanlah aku dengan kefahaman dan hafalan,
sehingga aku dapat menghafal semua yang aku dengar,
baik ilmu atau pun Al-Quran."

::doa dari Uthbah Al-Ghulam::


nota : kepada PERUBATAN, sila teruskan kelas tafsir Quran. Sgt byk manfaatnya! :D




btemplates

3 comments:

eclipsesweet said...

byk manfaat sy boley dri post nim..alhamdullilah..syukran,ukhti..arap laen kali,selalulah kte sling m'beri peringtan.. :)

nur aisya humaira said...

zati...:)

Izzati Hashim said...

@hafizah : peringatan bersama (=
afwan ^^

@aisya : yer saya (=