S.Y.U.K.U.R
Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Segala puji kepada Allah atas nikmat hidup yang masih diberikan, atas nikmat kesihatan yang baik, atas nikmat keimanan yang moga-moga stabil atau meningkat dan untuk segalanya. Alhamdulillah. (=
Kalau ikutkan apa yang dirancang, ada tempoh yang membuatkan saya tidak akan update post baru di WWK ini untuk memberi laluan pada sesuatu yang lebih penting. Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya terasa nak menulis yang membuatkan laju jari jemari nak menaip. -.-
Sesungguhnya, Allah sebaik-baik perancang.
Relax, cool, and smile. (=
picture of deviantART.
Bersyukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tak terhitung rasanya nak mengucapkan kalimah syukur pada Allah. Terlalu sedikit saya bersyukur pada Dia yang sentiasa memberi, yang sentiasa menjaga diri yang kerdil ini. Allah.
Tersentak seketika dengan sesuatu yang membuatkan saya terasa lain. Entah. Tak mampu nak dinyatakan apakah bentuk perasaan itu tapi segalanya membuatkan saya rasa saya perlu lebihkan rasa bersyukur dengan apa yang sudah saya miliki. Allahu rabbi.
Selama 20 tahun yang bakal menjadi 21 tahun tak lama lagi, sesungguhnya bila direnung kembali, dikenang kembali Allah permudahkan segala urusan terutama dalam study. Allah permudahkan perjalanan untuk mencari arah kehidupan ini, alhamdulillah.
Bermula dengan sejak tadika lagi, mungkin tempoh kecemerlangan itu sudah bermula. Baik UPSR, PMR, dan SPM, alhamdulillah. Dan sekali lagi dengan result SPM 2007 tu membuatkan jalan yang Allah berikan nampak senang, segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah. Dan dengan rezeki yang Dia bagi jua, saya berada di sini, bumi Mesir.
Bermula kehidupan di bumi asing memang menguji diri dan memang teruji. Itu lumrah kehidupan bukan? Ujian yang membuatkan kadangkala ada rasa give up, lemah semangat dan macam-macam lagi. Tapi kadangkala ada yang menegur, "awak sangat cool, nampak relax je." Itu hanya luaran. Tapi saya tersenyum, alhamdulillah saya tahu ada kekuatan di situ yang Dia bagi. (=
Ujian yang Dia bagi, buat saya lebih banyak berfikir dan muhasabah diri. Bukan mudah, hampir mengundang putus asa. Sebab tu ada yang kata, jangan bersuara andai tidak pernah merasai sendiri, sebab anda tak tahu selagi anda tiada pengalaman. Tapi kadangkala kekuatan itu yang dicari bukannya simpati. (=
Alhamdulillah, Allah tahu apa yang terbaik. Dia bagi ujian untuk kita muhasabah diri yang serba kekurangan. Dia bagi nikmat kesenangan untuk menguji tahap kesyukuran.
Apa yang penting, jadilah hamba yang bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur dengan segala yang dimiliki sekarang. Bukan semua yang kita ada, orang lain ada. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Bukan semua. Jadi, bersyukur. Bersyukur dengan setiap nikmat ataupun ujian yang telah Dia bagi!
Bersyukurlah, kita masih diberi nikmat kehidupan yang berpanjangan. Pintu taubat masih terbuka luas untuk kita bertaubat. Jangan sampai tunggu mentari terbit di sebelah barat, waktu itu segalanya sudah terlambat. Allah.
Bersyukurlah kita ada kesihatan yang baik. Allah beri kita kesempatan untuk terus beribadat padaNya. Cuba lihat mereka yang terbaring lesu di atas katil sepanjang hari, cuba lihat mereka yang kudung tangan atau kaki, cuba lihat mereka yang sentiasa berulang alik ke hospital. Tak wujudkah rasa syukur dengan apa yang kita ada? Bersyukurlah. Kita sihat segalanya, kita cukup lengkap semuanya. Tapi mengapa masih rasa malas untuk terus tambahkan amalan? -.-
Besryukurlah yang Allah permudahkan segala urusan kehidupan. Allah bagi laluan yang cukup senang untuk ditempuhi. Allah permudahkan masuk universiti, Allah murahkan rezeki, Allah bagi itu, Allah bagi ini. Tak cukup lagi untuk buat rasa syukur?
Bersyukurlah. Bukan kita tahu apa yang bakal terjadi pada kita nanti. Mungkin hari ini kita bergelak ketawa, hari esok? Hidup bagaikan satu roda yang sering berputar dan sudah tentu adakalanya kita di atas dan ada masanya pula kita di bawah.
Bukannya susah hendak lafazkan kalimah syukur itu. Just say Alhamdulillah. Lafazkan kalam-kalam pujian buat Allah swt. Lafazkan dari hati kecil itu, moga-moga terasa dzuk, nikmatnya kesyukuran yang dilafazkan.
"Hargai orang sekelilingmu, hargai apa yang kamu sudah miliki."
Ya, hargai apa yang kita ada. Mungkin kerana esok lusa, kita dah takkan ada peluang yang seumpama dengan ini lagi. Sebab tu, wujudkan rasa bersyukur. Syukur atas segala nikmat kurniannya. Bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai kan?