Pages

Tulis. Backspace. Delete.

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Laju tangan menaip, 'ketuk ketak ketuk ketak'. Lepas tu, delete. Taip lagi, backspace, delete. Tulis lagi, backspace lagi, delete lagi. Akhirnya tiada satu pun yang tertulis. -.-

Nak menulis, tapi tiada idea. Lama termenung mencari idea. Kadang-kadang ada idea tapi tidak tahu nak olah macam mana supaya faham apa yang ingin diperkatakan. Benarlah, sesungguhnya ilham itu hanya dari DIA, pemilik cerita. Kalau tiada ilham dari DIA, kaku jari jemari mahu menaip.

Nak tulis macam-macam, ala-ala diari mungkin sahaja boleh. Sehari dua tiga entry boleh buat macam tu, tapi kalau nak bagi sesuatu yang mampu mengetuk pintu hati seseorang yang membaca bukan mudah. Tambah-tambah kalau si tukang tulis pun bukan bercerita dari hati. 

picture of deviantART.

Kadang-kadang bila tiada ilham berhari-hari, rasa ingin tutup blog. Kesian yang datang membaca tapi tiada sesuatu yang baru untuk dikongsikan. Ya Rabb, segan terasa. Perasan ada orang datang baca. 

Mungkin blog saya ini tidak ramai pengunjung seperti blog-blog yang hebat yang lain. Tapi bila melihat pada pertambahan 'Teman' di sisi kanan blog ni terasa makin segan. Blog yang tidak seberapa ini pun ada yang membacanya. Jadi, makin bertambah segannya bila tiada sesuatu yang nak dikongsikan. 

Cuba untuk memberi, cuba untuk mengajak, cuba untuk mengingatkan. Diri khususnya tapi tetap berharap ada yang terkesan sama. 

(=



nota : Doakan saya moga saya terus istiqamah untuk terus menulis. 

btemplates

12 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..
jangan risau kakakku..pasti masih ada yang berkunjung.dan pastinya mereka akan ada yg dpt ibrah drpdnya..insyaAllah..
moga terus istiqamah dalam menulis..
1 smile like u.. (=

:: Zahratu Billaurah :: said...

akak, adik pun skrg tulis, backspace, delete.
skrg terasa x bersemangat, entah kenapa..terasa nak menangis..
nak peluk akak kjp..='(( *peluk*

adik selalu ziarah blog akak tau =)
adik sentiasa sokong akak dri blkg!
syg sgt akak...='((

perlu tenaga sblm menulis, semangat2!

Izzati Hashim said...

@shymushah : wslm wbt.

hehehe. terima kasih utk kunjungan dan memg terharu dan menghargai sape2 yg dtg berkunjung blog ni pun (=

insyaAllah, cuba utk istiqamah. Bukan mudah tu, kena kuat mujahadahnya.

sebelum ni smile mcm mana? =p

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : hee. normal things for a writer, i think (=

naa, nape tak semangat lak ni? bukan ke adik akak yg sorang ni happy good lucky? senyum2, semangat2 :D

thanks dear, really appreciate that (=

Akak tau, u can do it dear. Smile (=

Nurulhuda Shukry said...

hehe tp slalu ilham tue mai tym2 duk study apetah lg nk exm neyh ^^ heee~~

niway, bi taufiq wa najah ;)

wnha ws said...

erk. akak rasa akak lagi la tade idea~ huhu

moga Allah memberi ilham padamu untuk terus menulis dan mengetuk pintu hati akak dan mereka, pembaca setia WWK dan pengunjung baru.. insyaAllah, moga dipermudahkan dan terus istiqamah dalam menulis =)

Kacang Pool said...

urm, setuju-setuju...menulis macam-macam memang senang..
tapi menulis sesuatu yang boleh mengetuk hati seseorang itu bukannya mudah...
semoga terus istiqomah dalam menulis...

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum ukht..

*betul2(versi upin ipin)
*sekarang ni pun no idea nak post apa,mcm lama dah tak post entri baru..
*ya, ukht terus istiqomah bersama dalam menulis^__^

Unknown said...

betul tu menulis dari hati bukan satu perkara yang senang.malah terkadang sukar merungkai apa yg dirasa.

moga terus istiqomah dlm menulis

Unknown said...

mm...ok..moga terus istiqamah dlm menulis..jgn asek delete jer tau..
:p..hee

Izzati Hashim said...

@Azam Sad : nak menulis utk buat orang terkesan, memg susah. Sebab tu kena menulis dari hati bukannya dari akal.

Tapi nak dari hati tu, kena tunggu ilham dulu (=

insyaAllah.

Izzati Hashim said...

@Nazihah : Wslm wbt.

hee, samalah kita. Kadang2 nak tulis, xde idea. ADa idea, xde masa. Mcm2. Ho3.

pape pun, moga kita semua terus istiqamah. InsyaAllah