Pages

Usah mengeluh.

Bismillahirrahmanirrahim, 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

picture by Converse001 of devianART.



Hidup adalah sebuah ujian. Ujian yang menyebabkan kita kena membuat pilihan demi pilihan. Hidup juga adalah sebuah percaturan, tersilap melangkah mungkin membawa kepada jalan yang berduri. Dan hidup juga bermain dengan perancangan yang kadangkala menjadi dan adakalanya tidak.



Kita membuat perancangan. Cantik, kemas dan tersusun. Persiapan dilakukan. Hanya menunggu masa untuk dilakukan. Tapi tiba-tiba segalanya berlaku sebaliknya. Apa yang kita rancangkan semuanya tak dapat dilakukan. Terpaksa ditunda atau yang lagi teruk, dibatalkan! Tentu terselit rasa sedih dan kecewa kan?

"Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal." Seringkali dengar ayat ini kan? 

Samalah seperti kita berjalan tanpa arah tujuan tentu kita tidak tahu kemana hala tuju kita bukan? Bagaikan hidup tanpa arah pegangan. Tentu tidak tahu mana matlamatnya, tidak tahu mana akhirnya. Tentu sukar. 

Itu yang dikatakan kenapa orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Tapi kadang-kadang, kita buat perancangan tapi tetap gagal. Kenapa? 

Allah sebaik-baik perancang.


Mengimbau kembali saat ditinggalkan AirAsia (KLIK sebelah -.-) tahun lepas memang pada mulanya menyedihkan. Bayangkan, sampai-sampai sahaja di LCCT, kapal terbang baru sahaja berlepas. Oh, luluh hati! Tambah sedih bila tiket MAS dan AirAsia ke Kelantan sudah habis! 

Tapi semuanya bertukar jadi satu pengalaman yang terindah. Kenapa? Sebab kerana tertinggal  flight, saya balik kampung dengan ayah saudara yang kebetulan masih ada di KL. Mana pernah lagi sebelum ni. Tambah-tambah sebab musim raya, memang terasa lain. Seronok. Lagipun merasa juga pengalaman kena tinggal tu. Bercampur baur perasaan. (=


Itu kisah tertinggal kapal terbang. Kisah lain? Banyak lagi. Banyak benda yang kadangkala nak dilakukan tapi akhirnya tertangguh. Ada benda yang sebab-sebab tertentu, terpaksa ditunda. Mula-mula memang terlepas juga keluhan itu, "kenapa ini, kenapa itu.", "kan bagus begitu, lebih baik begini." Mengeluh bagaikan tahu kisah cerita yang ditulis olehNya. 


Kita merancang, hanya merancang. Tak semestinya akan terjadi. Sebab tu Allah suruh gantungkan harapan setingginya hanya pada Dia. Bila tiba-tiba tak jadi atau tertangguh, tentu boleh berlapang dada dengan senangnya. 


Bukan mudah tapi tak mustahil, bagi jiwa-jiwa yang beriman. (=


Kita hanya mampu untuk merancang dan kita kena ingat yang Allah jua merancang dan hanya Allah yang menentukan segalanya. 


Mungkin di mata kita, itulah perancangan yang terbaik tapi tidak pada Allah. Mungkin itu yang salah tapi kita tidak tahu itu yang terbaik buat kita. Bukankah,



"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

Benarlah, Allah sebaik-baik perancang. Percaturan yang Allah tentukan adalah yang terbaik. Allah Maha Mengetahui segalanya. Itu pasti.


Sesungguhnya bila kita melihat sesuatu apa yang berlaku dengan mata hati, sandarkan segalanya pada Allah, tentu tiada keluh kesah itu. Tentu kita takkan mengeluarkan perkataan 'kalau'. Tentu kita menerima segalanya dengan berlapang dada di saat ia terjadi. 


Ayuh, berusaha untuk menjadi hamba yang paling yakin dengan doa dan paling redha dengan ketentuanNya. (=









nota : Merancang untuk balik bercuti ke Malaysia lagi awal, tapi dengan takdir Allah jadual exam  berubah. 'Jatuh' semangat kejap. Tapi, tentu DIA dah merencanakan sesuatu yang mungkin lebih baik untuk saya kan? (=


btemplates

17 comments:

qilaraf said...

salam

bila habis exam?

moga dipermudah urusan izzati :P

Unknown said...

lain kali kalau kena tinggal, naik rakit pula ya. heheh

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum^^ sihat??moganya sihat...

manusia merancang..Allah juga merancang..namun Allah adalah sebaik2 perancang..
penentu segala perancangan..^^

didoakan yg terbaik buat ukht dari kejauhan,insyaAllah^^

zulaikha said...

insyaAllah. apa sahaja yang Dia rancangkan lebih bermakna daripada apa yang kita rancang.

tu semua untuk mengajar kita menjadi lebih kuat dan cekal, seperti firmanNya,

"'(ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada siapa pun, sedang Rasul (Muhammad) yang berada di antara (kawan-kawan)mu yang lain memanggil kamu (kelompok yang lari), kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan,' agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan."

(terjumpa ayat ni masa tadabbur semalam, thought it's worth a share)

=) wallahualam.

blackcardomompods said...

Gitulh adat di oversea tp bila dh permentantly stay home izzati akn kenang n rindu akan kesusahan itu.ujian di sana nmpk susah n perit tp sebenarnya pemangkin jiwa supaya kental bila mngharungi hidup di msia.once u blik,ujian lg berat n kental.percayala.huhu.dulu kaknorpun rasa sedih n perit duk uk then bila blik bru rasa rindu kesusahan tu

nadbaptist said...

cian nye dik..
takpe dik akak percaya setiap yg diuji itu pasti ada hikmahNYA..

Salsabila said...

:) Put our faith in His hand, kerana Allah adalah sebaik baik perancang!

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)

:)

Kacang Pool said...

urm, betul...kadang-kadang kita persoalkan...kenapa ini semua terjadi?...kenapa terjadi pada kita?..
namun, seringkali kita lupa bahawa Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebenarnya...

Izzati Hashim said...

Islam Seeker @ Aqilah : wslm wbt.

insyaAllah, jadual baru 6/7 :D

insyaAllah kullu kheir. Terima kasih utk doa sahabat (=

Izzati Hashim said...

@Iqbalsyarie : Rakit? mencabarnya. Xpe2, kereta lipan ada, bus pun ada :D

Izzati Hashim said...

@Nazihah : wslm wbt. Alhamdulillah sihat (=

yes, you're right dear.
Terima kasih utk doa itu, terima kasih (=

moga Allah sentiasa pelihara Nazihah ^^

Izzati Hashim said...

@Zulaikha : Thanks for the sharing (=

itu ayat surah mana yer? nanti nak cuba cari & tgk pula.

(=

Izzati Hashim said...

@Kak Nor : thanks Kak Nor. Kak Nor memg baik ^^

InsyaAllah, Izzati cuba utk kuat dan kuat. InsyaAllah (=

tgh belajar utk menghargai apa yg ada di bumi Mesir ni, hopefully bila balik Malaysia nanti xkan terasa menyesal kot2 ada yg tak terbuat tak terhargai lagi.

thanks Kak Nor (=

Izzati Hashim said...

@Kak Anita : that's life. (=
insyaAllah, setiap ujiannya tentu ada hikmahnya yang perlu dicari.

thanks sis (=

zulaikha said...

oh, lpe nk bagi ayat mne :)

3:153

^^

:: Zahratu Billaurah :: said...

akak ni, sayu adik...='( daku memahami perasaanmu..*peluk*

tapi Alhamdulillah, dah selesai kan, nak stay tunggu result =)
mulanya kusut tapi semua sudah terlerai..dlm waktu menunggu 'terlerai' tu, kita diuji kan kak, 'terima' atau 'tidak' =)

biasanya kalau adik patah semangat, rs nak nangis, adik selalu pegang 'ada hikmah', rasa nak nangis je, ingat 'ada hikmah' lps tu dh boleh tersenyum balik =) rs bahagia sgt, Dia sentiasa dekat..terkdg mata hati kita buta..sering melihat luaran, bukan nak melihat yg tersirat di sebalik yg tersurat

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : hee. blm selesai sepnuhnya lagi, sebab keputusan tak decide ag :D