Pages

Aku ingin berubah.

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

picture of deviantART.

Tersenyum sendirian memandang langit dari bumbung apartment. Satu hobi sejak mula tinggal di Mesir apabila terasa ingin bersendirian, laju kaki menaiki tangga ke tingkat atas sekali. Bumbung apartment bukanlah macam di Malaysia, ganasnya kalau macam tu nak panjat bumbung!

Tapi kat sini, kebanyakan apartment, kat atas tu macam ada ruang yang tak berbumbung. Lebih dikenali sebagai 'sutuh'.

Subhanallah cantiknya langit biru. Bertambah cantik dengan tompokan awan memutih, burung-burung yang riang berterbangan. Terada damai bermukim di lubuk hati. Allah, begitu indah ciptaanMu.

Dalam terleka merenung langit Ilahi, tiba-tiba teringat satu persoalan yang pernah diajukan oleh seorang kawan lama. Persoalan tentang berubah.


Berubah.

Tersenyum tatkala di soal oleh beliau,"adakah kita perlu berubah? Nape?"

Rasanya soalan ini hanya sekadar persoalan biasa, yang selalu didengari. Berubah? Mengapa? Dan saya memilih untuk menjawab,

"Berubahlah kalau itu ke arah yang lagi baik. Kenapa perlu mengambil masa untuk berubah ke arah yang kita sedia maklum adalah baik."

Kenapa? Takut dikeji orang? Atau teragak-agak tiada yang menyokong? Nah, kalau itu yang difikirkan, saya tak tahu nak kata apa. Dan saya rasa itu satu fikiran yang merosakkan. Bagi saya kalau begitu pemikirannya, itu jelas terbukti, anda berubah kerana siapa, kerana manusia.

Kenapa kita selalu letakkan pandangan manusia lebih daripada pandangan Allah?

"Agak-agaknya kita kena berubah secara drastik atau one by one?" Persoalan seterusnya yang disoalkan kepada saya.

Kalau saya diberi pilihan untuk berubah, saya jelas akan memilih secara one by one. Kerana bagi saya, bila kita memilih untuk berubah secara berperingkat, itu lagi bermakna.

Sudah tentu kita akan meletakkan matlamat dahulu mengapa kita ingin berubah. Lepas tu, tentu kita akan cuba mencari dan mencari akan hakikat kenapa kita perlu berubah. Dan insyaAllah, ia lebih bertahan lama.

Tapi, saya tidak menolak terus untuk perubahan secara drastik. Mungkin itu lagi baik dan dituntut. Contohnya, mungkin dari segi menutup aurat. Mana boleh kita menahan diri untuk menutup aurat sehingga 'tiba waktunya' sedangkan kita tahu menutup aurat adalah wajib!

"Erk, tak mahu hipokrit. Tunggulah bila dapat hidayah." Wah. Hipokrit.

Benar, ikhlas perlu ada. Tapi apakah tahap hipokrit itu lagi tinggi tahapnya berbanding tuntutan yang jelas kita ketahui itu adalah wajib? Agak-agaknya la kan, kalau esok lusa ajal datang, apakah hipokrit tu mampu untuk menahan ajal itu?

Aku ingin berubah.

Saya salah seorang hamba Allah yang tercipta di muka bumi ini. Saya bukan siapa-siapa, i'm nobody. But i want to be somebody in front of HIM. Saya ingin jadi seseorang yang sentiasa dalam jagaan Dia, seseorang yang sentiasa dicintai olehNya.

Tapi saya sedar, diri masih jauh lagi untuk layak dicintai Dia. Teringin untuk terus berubah. Berubah ke arah yang lagi baik, berubah ke arah yang jelas diredhai Allah.

Kadang-kadang melihat mereka yang jauh lagi baik, terasa kerdilnya diri. Subhanallah, qudwah mereka mampu membuatkan saya tertunduk malu. Dari tutur bicaranya, dari segi perlakuannya, pemakaiannya, dengan akhlaknya, jelas menggambarkan akhlak islamiah. Dan saya? Masih di situ.

"Sampai bila harus aku berada di takuk lama?"
"Sampai bila aku dengan perangai lama yang bukan-bukan?"
"Sampai bila?!"
 
Bukannya diri tahu bilakah tiba saatnya. Dan andai diri pergi dalam keadaan di tahap masih biasa-biasa, alangkah ruginya.
=='




nota : Kebetulan. Bukan kebetulan, that's fate. Penyertaan last hari ni, sekadar mencuba nasib. Second time join contest di alam maya (=

nota satu : Saya ingin berubah. Dan insyaAllah dimaknakan. Berubah ke arah kebaikan jom, sama-sama mengejar redha Ilahi. (=

btemplates

8 comments:

E n t o y C a i r o said...

lagit yang sama...
sutuh yang berbeza...

hehehe..

nice entry doc!

Izzati Hashim said...

Mestilah sutuh yang berbeza (=

Thanks Ustaz. Meraikan sebab panggil saya doctor even masih jauh lagi perjalanan itu. Terima kasih (=

:: Zahratu Billaurah :: said...

kata2 akak selalu menyentuh hati adik..=') terima kasih akak..

entah kenapa, baca entri akak ni, byk sama dgn entri yg adik tgh siapkan. yay, fikiran sama ^_^ adik beradik, yay2

contest tu boleh masuk lagi ke akak, mcm sedap bunyinya, aku ingin berubah

Izzati Hashim said...

@Rabiatul : dan kata2 adik sentiasa buat akak tersenyum. Tersenyum lebar. Ya Rabb (=

ayat adik mesti lagi power la, ayat akak simple je. Adik beradik seislam, itu pasti (=

ni baca ke tidak nota bawah tu hehehe, penyertaan last kelmarin. Kebetulan akak tgh buat entry ni dan nampak ada contest tu =D

:: Zahratu Billaurah :: said...

Aha, akak ni memang~ ^_^

adik nak pergi menyibuk la, biarla lps dah, haha

hoho, ukhuwah2~ =D

nadbaptist said...

salam dik izzati,

bagi akak..kedua-duanya pun bole..berubah secara drastik atau one by one

berubah secara drastik..cth yg wajib2 tu mesti kita laksanakan dulu..tutup aurat..jgn pikir2 lgi dah..mmg tersurat ia wajib..solat lagilah..usah ditangguh2

berubah one by one pula cth setelah melaksanakan yg wajib2..kita laksanakanlah yg sunat2 pula..tp pastikan yg wajib itu terlaksana dgn elok dan ikhlas

Izzati Hashim said...

@kak Anita : Wslm wbt (=

a'a, setuju dengan pandangan akak. Mendahulukan apa yg patut dulu kan?

Terima kasih akak atas pandangan itu (=

Muslimah Optimis said...

insyaAllah samapsamalah kita berubah menjadi lebih baik di sisi Allah swt.. hanya DIA yang menilai kita..

terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq